Berilmu biar berjasa

Tasik

by relex mind | 3:56 PM in | comments (0)

Assalamualaikum semua. Ada satu perkongsian artikel yang menarik di sini. Artikel ini merupakan email daripada sahabat saya. Selamat membaca. Moga bermanfaat~ ^_^

Seorang guru mengunjungi salah seorang dari muridnya yang sejak kebelakangan ini kelihatan sedih dan murung."Kenapa kau akhir-akhir ini kelihatan murung dan tidak bermaya, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah ceria dan bersyukurmu?" tanya si guru.

"Guru, akhir-akhir ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang bertimpa-timpa seakan2 tidak ada habisya, hidup ini sungguh sukar dan membosankan membuatkan saya tidak bermaya" jawab si murid muda. Sang Guru ketawa kecil sambil berkata "Nak, ambilkan aku segelas air dan dua genggam garam. Bawa kemari. Biar ku perbaiki suasana hatimu itu."

Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia melaksanakan permintaan gurunya itu dan kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

" Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam air di dalam gelas itu," kata Sang Guru. "Setelah itu cuba kau minum sedikit airnya."Si murid pun melakukannya. Wajahnya berkerut kerana masinnya air yang diminum itu."Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru."masin, terlalu masin dan perutku terasa mual," jawab si murid dengan wajah yang masih berkerut. Sang Guru tersenyum dan terus berkata "Sekarang kau ikut aku." dia membawa muridnya ke sebuah tasik berdekatan tempat mereka. "Ambillah garam yang segenggam lagi dan tebarkan ke dalam tasik ini."Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke tasik, tanpa bicara..

"Nah sekarang, cuba kau minum air tasik ini," kata Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir tasik. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air tasik, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air tasik yang dingin dan segar itu mengalir dikerongkongnya, Sang Guru bertanya "Bagaimanakah rasanya nak?""Hmm..Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan belakang tangannya. "Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?""Tidak guru, tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.

Guru hanya tersenyum memerhatikan gelagat muridnya yang masih meminum air tasik itu."Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum.

"Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, sebegitu-sebegitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."Si murid terdiam, mendengarkan. "Tapi Nak, rasa 'masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung kepada besarnya qalbu atau hati yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa derita, berhentilah dari menjadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu menjadi sebesar tasik." Teruskan membaca.. =)

Pernahkah kalian berbuat dosa?

Kita bukanlah maksum seperti Rasulullah, dan iman kita pula tidaklah sehebat Abu Bakr RA, dan kita tidak pula sekuar Umar Al-Khattab RA. Dalam kehidupan kita, pastinya pernah melakukan dosa.

Saya tidak mahu hendak mengklasifikasikan dosa itu dengan dosa apa. Pada saya, cukuplah anda mengetahui yang anda pernah melakukan dosa. Maka, saya ada soalan cepu mas untuk anda.

Apakah perasaan anda bila melakukan dosa?

Sebahagian manusia, dia menganggap dosa hanyalah ibarat lalat yang hinggap pada batang hidungnya. Dikuis, ia akan berlalu pergi begitu sahaja, dan kita pun akan melupakan yang lalat itu pernah hinggap di hidung kita.

Sambil lewa dengan dosa, begitulah layanan kebanyakan insan terhadap dosa mereka. Ini adalah tanda kurangnya sensitiviti mereka dengan amaran-amaran ALLAH SWT. Lebih teruk lagi, terdapat pula manusia yang menghalalkan dosa.

Mereka berkata,
“ Alah, biasalah tu…”
“ Ini memang trend zaman sekarang la.”

Malah, ada yang dengan senangnya berkata,
“ Tidak mengapa, ALLAH kan Maha Pengampun?”

Saya hanya tersengih.

Sepatutnya, kata-kata “ tidak mengapa, bukankah ALLAH itu Maha Pengampun?” itu digunakan oleh mereka yang bersungguh-sungguh dalam mencari keampunanNya, yang insaf dan berusaha untuk tidak kembali kepada dosanya, yang rasa sempit bila melakukan kesalahan sehingga sesak dadanya, lalu untuk melapangkan jiwanya, dia mengucapkan kata-kata itu sebagai tanda keyakinannya bahawa ALLAH akan menerima taubatnya.

Bukannya kita mengucapkan “ Tidak mengapa, ALLAH kan Maha Pengampun?” sebagai lesen untuk kita terus berbuat dosa.

Dosa. Bagaimanakah agaknya manusia memandangnya?

Benar kata-kata saya, ibarat lalat yang hinggap di batang hidung. Dikuis pergi, maka seringan itulah anggapan manusia terhadap dosa.

Tetapi bagaimana pula agaknya manusia-manusia yang beriman kepada ALLAH SWT dengan keimanan yang sebenar-benarnya melayan dosa?

Pada saya, manusia yang beriman dengan ALLAH SWT dengan keimanan yang sebenar-benarnya, akan merasakan bahawa, dosa itu ibarat gunung yang menghempap ke batang hidungnya.

Tiada manusia yang maksum selain Rasulullah SAW. Ulama’, abid, hatta sahabat Rasulullah SAW juga ada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Tetapi bagaimana agaknya manusia-manusia ini melayani dosa mereka?

Kita lihat Abu Dzar Al-Ghifari RA, apabila dia memanggil Bilal bin Rabah RA dengan panggilan anak hitam, dan Bilal bin Rabah RA mengadu kepada Rasulullah SAW, lantas Rasul SAW bersabda, “ Wahai Abu Dzar, sesungguhnya dalam diri kamu masih terdapat jahiliyah”
Apakah yang dilakukan oleh Abu Dzar RA? Dia terus meletakkan kepalanya di atas tanah, dan meminta Bilal bin Rabah memijak kepalanya sebagai balasan. Takutnya dia, akan dosa dan kesilapannya yang telah dia lakukan, walaupun dia adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang besar.

Seorang alim, sentiasa membawa lilin bersamanya. Bila dia rasa ingin berbuat dosa, maka akan dia nyalakan lilin itu, lalu menyuakan jarinya kepada api lilin. Bila panasnya tidak tertahan, dan kulitnya hampir terbakar, dia menarik semula jarinya itu, lantas berkata, “ Wahai diri, jika engkau tidak mampu menahan api dunia ini, maka janganlah kau bermimpi hendak menyentuh api neraka nanti…”

Lihat, bagaimana mereka berinteraksi dengan dosa?

Sensitiviti mereka terhadap dosa amat tinggi. Tidak sedikit pun mereka meringan-ringankan.
Hal ini membuatkan saya teringat peristiwa di kelas Kuliah Madkhal Ila Tasyri’ bersama Dr Asyraf Banu Kinanah, apabila dia menyatakan dosa-dosa besar. Dia menyatakan satu persatu dosa-dosa besar, sehingga seorang pelajar bertanya, “ Ya doktor, aina sogho’ir?” Wahai doktor, mana dosa-dosa kecil? Dr Asyraf Kinanah menjawab, “ Kenapa? Kamu hendak melakukannya kah?”

Lihat, walau dosa kecil pun, dilihat besar dan menakutkan oleh orang yang beriman. Sebab itulah, para ulama’ meninggalkan beberapa perkara yang halal, dan menjauhi perkara-perkara yanng syubhah. Semuanya kerana takut akan dosa, pengingkaran kepada ALLAH SWT.
Kenapa agaknya mereka teramat takut walaupun dosa kecil?

ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-Zalzalah, “ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung. Dan barangsiapa yanng melakukan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung”

Sebesar zarah. Bagaimana agaknya sebesar zarah itu? Adakah sebesar bola? Adakah sebesar pasir? Bukankah sebesar zarah itu memerlukan beberapa kali pembesaran mikroskop? Hatta sebesar itupun tidak akan terlepas dari pandangan ALLAH SWT.

Sebab itulah dalam Surah An-Naba’ ayat 40, ALLAH SWT menceritakan, “ Sesungguhnya KAMI mengingatkan kepada kamu azab yang dekat, pada hari manusia melihat(balasan) atas apa yang diperbuat oleh kedua tangan mereka, dan(pada hari itu) orang-orang yang kufur akan berkata, alangkah baiknya jika aku ini dahulu dijadikan sebagai tanah”

Tetapi bagaimana agaknya kita?

Bagaimanakah kita melayani dosa-dosa?

Ibarat lalat yang hinggap di batang hidungkah? Atau ibarat gunung yang menghempap?

Maka saya tinggalkan kamu dengan ayat ALLAH SWT yang bermaksud,

“ Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu dari api neraka” At-Tahrim ayat 6



-artikel dipetik dari sumber Teruskan membaca.. =)

Sedikit Perkongsian..

by muhammad hilmi zolkifli | 9:34 AM in | comments (0)

Assalamualaikum W.B.T..


Di kesempatan ini, ana ingin mengulas kandungan bab pertama AQIDAH DAN PENGARUHNYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM (A)Pengertian Akidah dalam buku yang bertajuk 'Aqidah & Perjuangan; Allahyarham Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor'. Mudah-mudahan,perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian dismaping dapat meng'improve' penulisan ana.


Dalam bab ini, penulis menekankan,Akidah adalah yang penting yang mesti dipelajari bersesuaian dengan tajuk buku ini. Selain itu, Akidah juga merupakan perkara yang penting yang mesti dikuasai oleh setiap muslim yang mengucap 2 kalimah Syahadah. Kembali kepada sejarah zaman penyebaran Islam pada zaman Rasulullah SAW, langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah dengan membetulkan Akidah dalam setiap diri orang Islam.Proses pemantapan akidah ini dilakukan selama lebih kurang 13 tahun. Ini adalah kerana, Akidah merupakan sesuatu yang teramat penting untuk membetuk Fikrah umat Islam pada masa itu yang sudah hidup dengan pelbagai kemungkaran sebelum kedatangan Rasulullah SAW.


Berbalik kepada tajuk yang ingin ana ulas pada penulisan kali ini, ana ingin menerangkan berkenaan pengertian akidah. Akidah mengikut pengertian bahasa bermaksud Ikatan yang mengikat sesuatu yang lain. Manakala, perkataan Aqada dalam bahasa Arab pula bermaksud mengikat. Maka kesimpulannya, pengertian Akidah yang boleh disimpulkan di sini ialah satu ikatan atau keyakinan yang mengikat diri,pemikiran dan hati seseorang dengan satu keyakinan dan dengan itu, kehidupan menjadi kehidupan yang tearah dan terpimpin.Oleh hal yang sedemikianlah,rukun-rukun keyakinan yang ditentukan oleh Islam dipanggil Aqidah kerana ia telah mengikat seseorang Muslim itu untuk hidup berasaskan kepada dasar-dasar keyakinan, yang juga disebut sebagai Iman, iaitu kepercayaan.


Orang yang beriman adalah orang yang bersikap jujur terhadap dirinya kerana telah meletakkan dirinya pada tempat yang betul dan tidak mengkhianati dirinya. Maka dengan itu, apabila digabungkan Aqidah + Iman maka terbitlah sesuatu yang baru yang dinamakan Al-Yaqin.


Secara tuntasnya, Akidah Islamiyyah bererti, satu keimanan dan keyakinan yang didasarkan pada rukun-rukun yang kukuh yang juga disebut 'Arkanul Iman'->rukun-rukun yang tidak terikat dengan benda, masa, bangsa mahupun tempat. Teruskan membaca.. =)

Ulas Buku : Bagaimana Menyentuh Hati

by PKPIM zon Lembah Klang | 1:08 PM in | comments (0)


Tajuk : Bagaimana Menyentuh Hati
Oleh : Syaikh Abbas As-Siisiy
Halaman : 282 halaman

Penerbit : Era Intermedia

Harga : RM 20.00


Pendapat Pembaca


Gaya bahasa dan penceritaan yang mudah difahami. Menawarkan teknik-teknik yang sering kita ambil mudah, tetapi ternyata berkesan. Sesuai bagi para da'ie sebagai panduan untuk mengikat hati mad'u-mad'u.
its a book worth buying! ( and reading!) :)
Penilaian :
4 bintang

Ulasan
(oleh www.bukumuslim.com)

Perhatikan tongkat sinyal di stasiun kereta api. Dengan menggerakkannya sedikit, rel akan bergeser, dan perjalanan kereta api pun berubah arah. Demikian halnya dengan hati. Gerak hati akan menentukan arah kehidupan seseorang. Ia demikian menentukan. “Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh,” demikian sabda Rasulullah Saw. mengenai hati.

Dakwah sesungguhnya berorientasi mengubah arah kehidupan umat manusia; dari kebatilan menuju kebenaran, dari kegelapan menuju cahaya, dari keran-cuan menuju kejelasan. Semua itu bermula dari hati. Keberhasilan dan kegagalan dakwah semata-mata tergantung dari bagaimana seorang dai menyentuh hati objek dakwahnya. Dalam

Buku ini, Syaikh Abbas As-Siisiy, seorang dai yang berpengalaman, memberikan berbagai uraian tentang dakwah secara unik. Yakni dengan mengangkat berbagai kisah, mulai dari kisah para sahabat bersama Rasulullah Saw. hingga kisah pengalamannya dalam berinteraksi dengan medan dakwah, baik yang dialami sendiri maupun yang disaksikannya. Dari kisah-kisah nyata itulah beliau mengambil beberapa hikmah dan pelajaran yang sangat berman-faat bagi kita semua, para penyeru dakwah Islam.
Teruskan membaca.. =)

ucapan2 ^_^

by ~ n.u.u.r ~ | 2:19 AM in | comments (0)


Bismillahirrahmanirrahim..
Salam.~

ehem2. (izinkan sy "curi" ruang di blog ni.)

buat sahabat2 pkpim lembah klang.
dengan rendah hatinya saya memohon ampun atas segala kekhilafan yang pernah dilakukan..
(terutamanya bab datang lewat sms perjumpaan. hehe)

taqaballahuminnawaminkum..
minalaidilwalfaidzin...

insyaAllah.


semoga, amalan di bulan Ramadhan..
berterusan sehinggalah ke ramadhan yang akan datang.. hendaknya.

=)

insyaAllah, berjumpa kembali di program2 akan datang. ---> rumah terbuka ! :D
salam eidulfitr dari kulim, kedah.
~nuur ijj'lal bt surani~


p/s : sengaja letak lagu raya. sape nak tukar, tukarlaah. heheee~ Teruskan membaca.. =)

All about Ramadhan..

by PKPIM zon Lembah Klang | 12:53 AM in | comments (0)

Ramadhan Datang Lagi~

by PKPIM zon Lembah Klang | 9:14 PM in | comments (0)



JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Teruskan membaca.. =)

Terkini



3rd meeting and usrah PKPIMLK

Date : Akan Diaturkan Kemudian

Time : Akan Diaturkan Kemudian

Venue : masjid asy-syakirin, klcc

Harap Maaf diatas kesulitan yang berlaku,

InsyaAllah..latest news akan dibagitau kemudian..moga-moga semua dapat hadirkan diri ya! syukran semua..=)


Next Usrah & Meeting?

Categories

Quote

T.O.T


halwa

Globe